THOMAS dan Faith Zaman.


 

Sebuah mahkamah di New York memerintah adik sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah  membayar  AS21.10 juta (RM66.14 juta) kepada pasangan peguam suami isteri , Thomas dan Faith Zaman.

Pasangan tersebut mendakwa Putera Jefri berhutang dengan mereka berjuta-juta dolar dalam bentuk yuran perkhidmatan.

Putera Jefri sebelum ini mendakwa dalam perbicaraan itu bahawa pasangan peguam tersebut mencuri lebih AS$7 juta (RM21.9 juta) daripadanya menerusi pelbagai bentuk penipuan.

Pasangan tersebut dilantik oleh Jefri bagi membantunya mengelak daripada menyerahkan sebahagian daripada aset miliknya sebagaimana yang diarahkan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Namun, Thomas dan Faith menyatakan mereka menerima gaji yang rendah selain diberi kebebasan untuk melakukan apa yang perlu dilaksanakan.

Perbicaraan kes tersebut kemudiannya menjadi hangat ekoran pendedahan beberapa patung erotik bekas tunang Putera Jefri, Micha Raine.

Keputusan juri itu menggembirakan pasangan tersebut. Namun para pegawai Hotel New York Palace milik Putera Jefri nyata kecewa dengan keputusan itu. Pihak pengurusan hotel merasa yakin  bahawa hotel  tersebut telah menjadi mangsa kepada skim penipuan.

Pasukan peguam Putera Jefri akan mengemukakan rayuan. Putera Jefri tidak hadir ketika keputusan itu diumumkan.

Advertisements