Pergaduhan yang berlaku antara wartawan dan pengawal keselamatan yang mengelolakan tetamu penggusti terkenal telah menyebabkan majilin perkahwinan Hulk Hogan menjadi kecoh.

Majlis yang  bermula dengan aman telah berubah apabila berlaku tolak-menolak  antara  seorang jurugambar, Robert Martinez dan pengawal keselamatan yang mengelolakan tetamu penggusti terkenal itu.

“Martinez kemudian menolak dan mencekik pengawal itu dengan sikunya sebelum mendakwa memiliki pistol,” katanya.

Polis kemudian terpaksa dipanggil untuk meredakan keadaan.

Hogan, 57, melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Jennifer McDaniel, 35, di rumahnya di Clearwater, Florida.

Walaupun kecoh, Hogan  atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea – memastikan insiden itu tidak merosakkan majlisnya.

Dia juga berazam mengekalkan rumah tangga selepas perkahwinan pertamanya dengan Linda Claridge berakhir pada 2007 ketika mereka membintangi siri realiti televisyen, Hogan Knows Best.

Hogan mula menjalin hubungan dengan Jennifer sejak awal 2008 sebelum bertunang November tahun lalu.