Beberapa hari selepas semi final pertama hinggalah sebelum bermulanya semi final pusingan kedua di Indonesia, TV dan media Indon begitu sibuk dengan kejayaan demi kejayaan pasukan garuda negara itu.

Tidak lupa juga media Indon sempat dengan sombong dan ANGKUH  memperkecilkan pasukan Malaysia yang kalah teruk  1-5 pada aksi sulung Kumpulan A 1 Desember lalu.  Begitulah Indon tetap mentertawakan Malaysia padahal Malaysia sudah pun layak ke final ketika itu.

Apa yang peliknya ketika membuka laman berita Indon tadi, berita yang keluar tidak lagi begitu sombong walaupun sebenarnya masih angkuh.  Berita tersebut cuma memaparkan Indon layak ke final menentang Malaysia tanpa maklumat lanjut jika mereka menang besar.

Agaknya mereka kepenatan sebab sibuk sangat malam tadi dengan perlawananan penentuan ke final.

Aku sengaja menonton berita negara tersebut di stesyen tv mereka untuk melihat gelagat dan sikap melampau sebahagian rakyat nya yang mengganas gara-gara tak dapat tiket.

ANDAI Malaysia terus kekal dengan prestasi cemerlang, hasrat untuk muncul juara memang mudah dicapai.

Malaysia  tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung Kumpulan A pada 1 Disember lalu tetapi berjaya juga layak ke final setelah menyingkirkan Vietnam menerusi agregat 2-0 pada saingan separuh akhir.

Jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal berkata, kejayaan menewaskan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil pada Rabu lalu disusuli keputusan seri 0-0 di Hanoi kelmarin menjadi detik penting dalam mengubah senario Piala AFF Suzuki kali ini.

“Apabila kami berjaya menyingkirkan Vietnam yang merupakan juara bertahan, ia telah memberikan keyakinan kepada para pemain untuk mencipta sejarah pula muncul juara buat kali pertama.

“Bukan senang nak mengikat Vietnam di Hanoi. Lagipun kita boleh menang jika dapat sempurnakan tiga peluang pada separuh masa kedua,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang semalam setibanya dari Hanoi.

Jelas Rajagobal, harapan kini diletakkan di bahu semua pemain untuk mencatat kejayaan pada aksi final timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini dan aksi kedua di tempat lawan pada 29 Disember depan.

“Semuanya kini terpulang kepada pemain sama ada mereka mahu atau tidak untuk muncul juara. Yang penting kita kena fokus menghadapi final.

“Saya akan beri rehat dua hari kepada para pemain dan mereka akan kembali turun berlatih pada Selasa (esok),” kata Rajagobal.

Nasib baik aku tak tinggal di KL, kalau tak aku  tak kan lepaskan peluang nak beli tiket nak tengok aksi menarik ini.  Tak kiralah Malaysia menang atau tidak, namun aku yang tak pernah minat bola sepak ni begitu patriotik apabila Indon asyik memperlecehkan Malaysia.

SEMOGA MALAYSIA TETAP UNGGUL DAN KALAHKAN MEREKA DI KE DUA-DUA STADIUM ITU NANTI.  HIDUP MALAYSIA!!!!