Cuai sungguh.  Kerana terlalu tergesa-gesa  aku terlupa nak bawa kunci ketika keluar rumah semalam.

Inilah gara-gara terlalu mengharapkan anak perempuan aku akan mengambil kunci dari dapur sebelum keluar rumah.

Akhirnya terpaksa meminjam telefon jiran  kerana nak minta suami balik buka pintu.  Nasib baiklah si suami aku relax dan sempat ketawa lagi tengok muka kami yang dah penat menunggunya datang.

Tapi ianya memberi pengajaran yang paling berguna kepada aku dan anak-anak.  Aku yang selalu bersungut bila suami suruh hantar kuncinya yang tertinggal kini dah tak terkata lagi…