Semenjak tersebar berita perpindahan sekolah SM Sains Miri semalam, para pelajar SM Sains sibuk berbincang hal tersebut dalam facebook mereka.  Dari apa yang aku dapat tahu, kalaulah SMK Tinjar menjadi tempat perpindahan nya nanti, ramailah ibu bapa  yang kurang bersetuju dengan idea tersebut.

Dengan jumlah pelajar yang memang sedikit tu, aku rasa SM Sains Miri(Tinjar) akan semakin sepi sebab mungkin ramai ibu bapa yang terpaksa berfikir banyak kali untuk menghantarkan anak mereka ke situ.  Yang baru nak mendaftar ke Tingkatan satu tentu masih ada banyak pilihan seperti Kolej Miri. Namun pilihan apa yang ada bagi pelajar tingkatan tiga dan lima?  Mereka dah serasi dengan guru lama mereka, tentu perpindahan ke sekolah lain(Jika memilih untuk tidak ke SMK Tinjar)  tentu akan memberi sedikit kejutan kepada mereka.

Bayangkanlah ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka bukan sahaja 2 jam perjalanan dari Bintulu malah akan melibatkan perjalanan yang panjang dan agak sukar(aku rasa- sebab jalan ke  Ulu Baram memang teruk). Ini bukan lagi kes nak jimat petrol, malah sengaja nak merosakkan kereta.

Apa yang menarik, ada pulak  khabar angin yang mengatakan kemungkinan pelajar dari Bintulu akan di pindahkan ke sekolah baru di Jepak.  Yang ini, kalaulah benar, aku anggap ianya adalahasatu berita baik dan terbaik buat anakku sebab aku memang tawar hati nak hantar anak aku ke kawasan Baram tu.