Sebuah restoran di China, iaitu Dalu Robot restaurant, menjadi terkenal kerana para pelayannya terdiri dari robot.  Pelayan robot yang sentiasa senyum dan boleh bercakap ini tidak akan pernah hilang kesabaran dek kerenah pelanggan.

Malah para pelanggan yang berkunjung ke sini memuji layanan yang dikatakan lebih baik dari manusia itu.

Kelebihan robot tanpa perasaan ini amat dikagumi kerana mereka bekerja tanpa merasa penat seperti manusia.

Malah para pelanggan begitu terhibur dengan persembahan tarian dan percakapan robot yang berpakaian seorang pelayan itu.

Jadi aku rasa, rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan masalah amah.  Order dan beli saja amah robot ini dan tentu semua masalah berkenaan amah anda akan selesai.

Anda tidak perlu risau soal kos  insuran kesihatan, wang pemprosesan pengambilan amah luar malah anda tidak perlu menyediakan tempat tidur dan makan minum amah robot anda.