Seorang lelaki yang berpakaian jaket berwarna cerah di dalam sebuah sampan yang terperangkap di atas ais disebuah tasik  telah menggemparkan pasukan penyelamat di Glossop, Derbyshire baru-baru ini.

Pasukan penyelamat yang terdiri daripada dua jentera bomba dan sebuah helikopter telah bertungkus-lumus untuk menyelamatkan lelaki yang terperangkap tersebut.

Namun, pasukan penyelamat itu kemudian mendapati lelaki tersebut sebenarnya patung yang digunakan untuk menakutkan burung-burung.

Patung itu dipakaikan dengan jaket berwarna cerah yang biasanya dipakai oleh pegawai perikanan untuk menghalau burung daripada mencuri ikan trout.

Pemilik penyedia perkhidmatan untuk menangkap ikan, Arnfield Fishery di Glossop, Derbyshire, Stephen Cuthbert mengakui bahawa patung itu kelihatan seperti manusia yang sebenar.

“Pada musim sejuk yang lalu, terdapat anggota-anggota polis yang datang menyelamat kerana menganggap ada mangsa terperangkap,” katanya.

Dia menjelaskan bahawa adalah sesuatu menghairankan apabila ramai orang yang memikirkan terdapat seseorang yang kelihatan pucat duduk di dalam sampan pada waktu sejuk.

 

sumber kosmo online

Advertisements