Akhirnya  penderitaan  hidup seorang ibu tunggal  bersama tujuh orang anaknya mendapat reaksi pantas dari Tabung Baitulmal Bintulu.

TBS Bintulu telah memberi sumbangan wang tunai RM 4,000.00 bersama dua kampit beras di rumah Puan Siti Rosmawati Abdullah di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Cawangan TBS Bintulu Salim Bujang berkata, selain sumbangan wang tunai itu, ibu tunggal terbabit sedang menerima sumbangan berbentuk sara hidup bulanan daripada pihak TBS Cawangan Bintulu.

“Sumbangan itu adalah untuk menampung perbelanjaan harian ibu tunggal terbabit termasuk untuk membantu membiayai persekolahan anak-anaknya,” katanya semasa menghubungi Utusan Borneo semalam.

Dalam pada itu, Siti Rosmawati menyatakan bahawa dia amat berterima kasih kepada TBS kerana memberi bantuan segera wang tunai berjumlah RM4,000 tersebut.

selanjutnya di sini.

Ibu tunggal segera dibantu.