2010 merupakan tahun yang sungguh malang bagi Tiger Woods.  Lelaki tampan idaman wanita yang sentiasa nampak tenang dan bersahaja ini telah mengalami banyak dugaan dalam hidupnya sepanjang 2010.

Keruntuhan rumahtangga, kehilangan ranking utama, malah perbagai kontroversi yang tentu memberi tekanan dalam aksi perlawanan golf  yang disertainya.

Skandal seksnya menjadi bahan gurauan dan menjurus kepada perceraian pada Ogos dengan isterinya, Elin Nordegren. Statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dirampas pemain England, Lee Westwood.

Wood yang akan menyambut hari jadinya ke -35 pada 30 Disember ini bagaimana pun merasa bersyukur kerana dugaan yang diterimanya akan membuatkan dirinya lebih kuat dari biasa. Dia tetap akur walaupun tidak menyandang sebarang  kejuaraan dan kurang  empat kejuaraan utama daripada rekod sepanjang zaman 18 dimenangi Jack Nicklaus.