Anda pernah mencuba rawatan seperti gambar di atas?  Namun tahukah anda, Kementerian Kesihatan UAE telah memberi amaran tentang bahaya rawatan kaki/kulit yang menggunakan ikan ini.

Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan dikatakan boleh memudaratkan kerana ia boleh menyebabkan penularan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.

Perkongsian penggunaan tempat dan ikan boleh menyebabkan beberapa penyakit   dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.

Malah teknik ini diharamkan di 14 negeri di Amerika Syarikat.

Lebih baik anda biak sendiri ikan kecil tu di rumah dan buat spa anda sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain.  Lagi selamat.  Jangan pelihara ikan pirahna sudahlah.