Terkejut jugak aku baca pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Memang laporan tersebut boleh diragui kesahihannya, namun  ianya perlu disiasat secara terperinci demi nama dan maruah negara dan menteri berkenaan.

Apalagi ia berlaku di zamanTun Abdullah yang dikatakan tidak mengambil tindakan undang-undang keatas kesalahan menteri tersebut.

Sebelum ini blog Rocky Bru menyiarkan pendedahan  WikiLeaks  tersebut.

Menurutnya,  menteri tersebut hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet  tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.

Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.

Rocky Bru  juga menjelaskan,  beliau mengetahui cerita tersebut  semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.

Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit.

Begitulah nasib orang kerdil, biarpun dianiaya bukan mudah nak mendapatkan hak undang-undang, malah pangkat dan wanglah yang menjadi penyelamat segala jenayah dan maksiat kini.