Aku terbaca komen pembaca kat salah satu blog yang memaparkan berita SM Sains hari ini.  Nampaknya ibu bapa dah tak sabar nak tunggu tarikh keramat tu.  Walau pun ramai yang merungut kerana tarikh mesyuarat tu menggangu cuti Kristmas dan masalah ibu bapa yang datang dari jauh, namun tarikh tersebut teramatlah penting bagi menentukan arah tuju warga SMSM selepas ini.

Suara ibu bapa patut didengar kerana tanpa anak-anak mereka,  SMSM takkan wujud.  Di harap semua ibu bapa tidak terus mengambil tindakan yang tergesa-gesa memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain tanpa menghadiri mesyuarat penting ini.  Buatlah keputusan hanya selepas mesyuarat tersebut nanti…

Bersabar …dan datanglah pada 27.12.2010 jam 230 petang di SMSM demi mengetahui sendiri hala tuju SMSM….jangan dengar khabar angin…..

Advertisements