200 petang-Dengan penuh semangat  para ibu-bapa bersama keluarga mereka pun memenuhi kawasan SM Sains pada petang yang hujan renyai-renyai itu.  Entah siapa yang memanggil para wartawan, jumlah wartawan yang hadir agak ramai jugak.

Pun mesyuarat yang sepatutnya dimulakan jam 230 petang, seperti yang di jangka bermula agak lambat dek kerana pihak sekolah terpaksa menyuruh para wartawan yang  ‘tak diundang” keluar dari kawasan sekolah.

Puan Serina pun memulakan mesyuarat hari tersebut.  Tiba-tiba terdengar bunyi azam berkumandang….jam baru pukul 300 petang dah azan! Biar betul.  Mentang-mentanglah sekolah ini nak dirobohkan takkan azan pun ‘terawal” dari yang sepatutnya.  Rupa-rupanya bunyi telefon dari salah seorang guru SM Sains…Tengah-tengah parents stress ni ada jugak yang buat lawak nak bagi relaxkan suasana panas di dewan yang tak ada a.c tu.

Penerangan dan tayangan slide/video pun di tayangkan.  Memang teruk dan uzur keadaan SM Sains…kesiannya…Kata Pn. Serina umur 20 tahun SM Sains umpama umur perempuan tua yang dah lemah lututnya.  Yang menariknya kata seorang bapa pula, ianya lebih kepada umur seorang gadis dua puluh tahun  yang kena kanser yang tak dirawat dan tak makan makanan berkhasiat.Bla….bla….bla……tak payahlah nak cerita panjang isi kandungan mesyuarat.  Ianya adalah sebuah cerita yang panjang yang berulang-ulang ceritanya.

500 petang – ibu bapa sepakat menolak usul ke SMK Tinjar yang cantik dan anggun tu.Walaupun pada awalnya ada 3 orang yang setuju sebelum mesyuarat bermula, namun mungkin kerana semua mata ingin melihat orang yang nak sangat anaknya berpindah ke Tinjar tu, jadi mereka malu nak angkat tangan semasa undian dibuat semula.

Jadi kemanakah anak-anak SainsSri Miri nak pergi jika keputusan untuk mengosongkan kawasan tersebut tetap diteruskan?  Berbagai cadangan namun itu hanyalah dari pihak ibu bapa dan cadangan yang paling menarik ialah menumpang kat Kolej Hj. Bujang.  But………………Pengetua Kolej yang turut sama hadir memohon agar nama Kolej digugurkan dari option atas sebab-sebab tertentu.Bla….bla…bla…

Hampir 530 petang. Para ibubapa disuruh mengisi borang lagi…..Kami dikehendaki menulis tempat yang kami rasa nak letakkan anak kami tahun depan.  UNTU APA?????????????

Sungguh mengelirukan dan sungguh membuang masa kerana ingatkan datang mesyuarat kami akan mendapat jawapan kemanakah anak-anak kami akan pergi pada tahun hadapan, rupa-rupanya nak buat undian peratusan ibubapa yang membantah ke Tinjar.  Kalau setakat nak bantah dan beri cadangan,   sms,mms, web, blog  etc………… pun boleh buatlah… Agaknya mereka lupa ibubapa SMSM ni ada yang tinggal jauh….sangat dari Miri…Inilah yang dikatakan mesyuarat yang sia-sia. MESYUARAT UNTUK  MENUNGGU KEPUTUSAN MESYUARAT!

Buat mesyuarat tetapi kena tunggu mesyuarat dan keputusan dari pihak lain pulak.  ONLY  5 days left before registration…… semua persediaan dah buat.  Kalau kena pindah sekolah lain..KOS akan meningkat sebab kena beli semua baru semula.  Anak-anak kena belajar menyesuaikan diri sekali lagi di tempat baru.  Form 3 & 5  macammana? Nak hantar ke SBP yang lain….semuanya jauh walaupun pihak tertentu menanggung segala kos.

So, aku pun terpaksa balik sebelum mesyuarat sampai ke penghujungnya.  Namun yang pasti mesyuarat itu gagal mencapai matlamat ibubapa yang nakkan jawapan segera tentang arah tuju SM Sains Miri selepas ini.Tunggu dan tunggu, itulah keputusannya.  Kalau tak sabar, pindahkan saja ke sekolah biasa yang terdekat.

Yang pasti ‘roh’ dan semangat anak-anak ku yang lain yang dulunya berkobar-kobar nak ke SM Sains seperti abang mereka dah jadi bertebaran dan berterbangan entah ke mana.Beruntunglah mereka yang dah tamat SPM tahun lepas terasa sangat kita di Sarawak di abaikan kerana begitu banyaknya  SBP di Malaysia, negeri Taib Mahmud ni cuma ada 2 sahaja SBP.  Sedangkan MRSM  pula kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar. Bintulu paling malang, dahlah tak ada SMK Agama, MRSM dan SBP jangan mimpi………lah.

Advertisements