Nampaknya ibu bapa pelajar SM Sains Miri perlu menunggu lagi kerana MEREKA masih bermesyuarat dan mungkin esok baru tahu nasib warga Sains Sri.

Namun dari perbualan telefon  dengan staf di pejabat SMSM tadi, mereka seolah-olah memberi signal bahawa perpindahan ini mungkin tetap akan berlaku.  Saya diminta memberi nama sekolah lain sebagai pilihan jika terpaksa memindahkan anak saya kelak.

Maka bersiap sedialah semua warga SMSM untuk menghadapi apa jua keputusannya kelak.  Di harap ESOK adalah penamat kepada semua masalah ini.  Berpindah atau tidak, yang penting kita cuma perlu memikirkan sekolah terbaik lain dan yang terdekat dan yang tidak mengalami masalah seperti SMSM.

Biarkan anak-anak kita belajar dalam keadaan aman dan selesa dan mulakan dengan berfikiran positif bahawa mereka akan tetap berjaya walau di mana jua mereka berada.  Biarlah SMSM menjadi mimpi terindah buat mereka dan buat ibu bapa pelajar SMSM tinggalkanlah kemarahan dan ketidakpuasan hati kita di tahun 2010 kerana kita perlu memulakan tahun 2011 dengan wajah ceria dan matlamat baru.  Banyak lagi perkara lain yang lebih penting yang perlu kita fikirkan.

Advertisements