Gara-gara nak menguji cinta suaminya, seorang wanita sanggup menculik dirinya sendiri.  Wanita “bijak” ini telah menghantar gambar dirinya yang kena ikat di tangan dan kaki kepada suaminya bersama teks menuntut bayaran tebusan sebanyak AS26,000 (RM 83,200) menerusi telefon bimbit kononnya daripada orang yang mengaku menculik isterinya itu.

Malah si suami diberi amaran agar tidak membuat laporan polis.  Mungkin kerana buntu si suami tidak memperdulikan amaran tersebut.

Polis melancar siasatan sebelum akhirnya berjaya mengesan wanita itu di Gandia, sebuah bandar kecil di Sepanyol.