Ketika aku menulis ucapan selamat tahun baru ni, kawasan aku bagai menyambut pesta besar.  Aku rasa sejak dua tahun lepas, tahun baru di sambut agak hambar kat perumahan aku disebabkan hujan.

Namun 15 minit sebelum jam 1200 tengah malam tadi, bunyi mercun dan bunga api,  membuatkan jantungku bagai nak pecah.  Begitulah meriah tahun 2011 ini hingga aku tak mahu melepaskan peluang mendengar dan melihat sendiri keindahan malam tahun baru dari pintu dan tingkap yang sengaja aku buka semasa online.

Inilah post pertama aku untuk tahun ini. semoga tahun ini penuh ceria, murah rezeki, bahagia dan banyaklah amalan dan semoga bertambah teguh dan kuat iman di dada.A  M  I  N  NNNNNNNNNNNNNNNNnnnnnnnnnnnnn