Khabarnya Perdana Menteri kita akan melawat beberapa tempat di Sarawak pada bulan ini.

“Saya difahamkan dia (Najib) akan melawat ke Bakun, Sungai Asap dan juga Belaga dalam bulan ini,” kata Datuk Seri Peter Chin kepada para wartawan ketika ditanya tentang perkembangan projek Empangan Hidroelektrik Bakun (HEB).

Aku rasa kita perlu bawa perdana menteri dan menteri pengangkutan termasuk ketua menteri Sarawak sendiri memandu ke Tinjar untuk meninjau keadaan sebenar kehidupan rakyat pedalaman.  Kalau setakat ke Bakun menggunakan helikopter, itu belum lagi di kira bertemu rakyat.

Kalau nak betul-betul bertemu rakyat, pandulah kereta proton atau kancil ke Tinjar dan lepas tu suruh para pemimpin ni memberi komen tentang pengalaman mereka ke kawasan tersebut.

Terbelakah nasib penduduk pedalaman Sarawak sedangkan kos pengangkutan untuk ke bandar  hampir menyamai kos  tambang murah Air Asia dari Kuching ke Bintulu.

Advertisements