Dipetik dari Kosmo:

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

“Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini,” jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: “Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik.”

 

MARK ZUCKERBERG

 


“Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik,” kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

“Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup,” jelas Humarthi.