Projek aliran transit massa (MRT) yang dijangka mula dibina Julai ini, mungkin mencecah kos melebihi anggaran RM36.6 bilion untuk tiga laluan.
Begitu banyak projek untuk Semenanjung Malaysia namun Sarawak apa cerita?????

Tak payah nak mimpi MRT atau LRT, sistem pengangkutan sedia ada pun begitu teruk.

Samada pemimpin Sarawak mahu pun menteri pengangkutan malah perdana menteri sendiri nampaknya enggan tahu tentang kesusahan  rakyat Sarawak.

Dalam berita,  di beritakan begitu banyak projek untuk rakyat Sarawak namun hakikatnya sistem pengangkutan negeri kita masih terlalu jauh untuk di katakan bermutu dan selesa.

Tak percaya?  Pergilah memandu sepanjang perjalanan pesisir pantai Miri-Bintulu,  Nak merasa gelombang darat, inilah jalan terbaik di Sarawak.  Itu belum lagi jika anda ingin memandu ke LONG…..LONG di Sarawak.  Sebut sajalah nama kawasan pedalaman di Sarawak, yang terbaik  pergilah ke kawasan Tinjar, Miri… pandu dan lihat sendiri hasil pembangunan yang ada.

Aku nak cadangkan Ketua Menteri Sarawak bawalah bini baru dia tu berbulan madu sambil memandu ke Ulu Tinjar Miri.  Pasti tenat ketua menteri kita  bila balik ke Kuching nanti.

Kos MRT mungkin cecah lebih RM36.6bil – Malaysiakini.S