Inilah realiti penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. Penduduk di  kawasan Ulu Pelagus misalnya  mengalami masalah dari segi pengangkutan untuk berhubung dengan kawasan lain.

Kos pengangkutan untuk ke Kapit bukan untuk golongan ulu yang miskin sebenarnya.  Agaknya berapakah kos yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh  dan MRSM yang ternyata terletak di luar Kapit?

“Dulu, ketika bot ekspress masih beroperasi seperti biasa, kami hanya membelanja­kan RM60 untuk tambang berulang alik ke pekan Kapit. Tetapi kini kami membelan­jakan hampir dua kali ganda untuk membayar tambang berulang alik ke pekan Ka­pit.

“Sekiranya melalui jalan kem pembalakan, kami perlu membayar RM10 dari Kapit ke kem batu arang, RM25 dari kem itu ke Nanga Merit, dan lebih kurang RM50 hingga RM100 untuk meneruskan perjalanan ke Nanga Pila,” ka­tanya ketika datang ke pejabat Utusan Borneo semalam.

Tambahnya, kini perkhid­matan bot ekspres hanya beroperasi jika hujan turun dengan lebat.

“Namun begitu, bot ek­spress itu hanya beroperasi dari Punan Bah ke pekan Kapit dan tidak sampai ke Belaga,” katanya.

Stepan berkata masalah pengangkutan merupakan masalah utama yang terpaksa ditanggung oleh penduduk di kawasan Ulu Pelagus sejak Empangan Bakun disekat.

Tetapi semasa menonton berita TV3 tadi bermacam janji di taburkan oleh PM kepada rakyat di rumah Asap.  Malah mereka mendapat sejumlah wang dalam bentuk cek untuk membina rumah panjang mereka.  Beruntungnya mereka kat situ sebab PM sudi menziarahi mereka.

Bagaimana pula dengan kawasan lain?