SEBUAH kereta Honda Acura berwarna merah milik Mark Zuckerberg (kiri) diletakkan di rumah sewanya di Palo Alto, California baru-baru ini.


PALO ALTO, Amerika Syarikat – Pengasas laman sosial popular Facebook, Mark Zuckerberg, 26,  berpindah ke rumah baru dua tingkat yang sederhana, lapor sebuah akhbar semalam.

Kekayaan Zuckerberg dianggarkan AS$15.86 bilion (RM48.53 bilion)  namun dia lebih selesa menyewa sebuah rumah bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang terletak di pinggir bandar dengan keadaan sekitar yang biasa sahaja.

Selain tinggal di kawasan penempatan biasa, Zuckerberg selesa menggunakan kenderaan lamanya, Honda Acura berwarna hitam yang bernilai kira-kira AS$20,628 (RM63,131).