Hasil kajian AS mendapati berbasikal di bandar lebih banyak memberi kesan negatif kepada kesihatan kita.Tidak dinafikan berbasikan merupakan satu riadah yang baik.  Ianya akan menyebabkan kita bernafas lebih cepat berbanding dengan orang yang berjalan kaki atau pemandu kenderaan awam yang lain.

Namun orang yang berbasikal akan lebih terdedah dan tersedut gas yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor lain. Gas yang banyak mengandungi bahan beracun ini akan mengakibatkan sakit jantung dan masalah penafasan.

Berdasarkan hasil kajian ini, setiap kali seseorang itu berbasikal, ia akan terdedah dan menyedut udara kira-kira 1000cc, sedangkan udara ini mengandungi jutaan zarah terampai. Ini bererti banyak bahan beracun akan disedut masuk ke dalam tubuh manusia ketika ia berbasikal. Daripada hasil kajian tersebut, didapati kadar bahan beracun yang disedut oleh penunggang berbasikal 5 akli lebih banyak daripada yang disedutnya sekiranya ia memandu kereta atau berjalan kaki