Inilah keadaan sebuah bas yang terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas penumpang dan lori pengangkut baja di Tatau Bintulu 2 hari lepas.

IMPAK PERTEMBUNGAN: Keadaan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kuching ke Miri selepas bertembung dengan lori dari Bintulu ke Tatau.

Dalam insiden pada jam 6.15 pagi itu, mangsa, Cheria Menua, 39, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia selepas dimasukkan ke Poliklinik Tatau.

Cheria bersama suaminya, pemandu lori terbabit, dikatakan dalam perjalanan ke pekan Tatau dari Bintulu.

Seorang lagi mangsa yang turut terkorban ialah penumpang bas yang merupakan lelaki warganegara India, dikenali sebagai Ranjit Singh, 55.

Ranjit yang duduk di depan di bahagian kanan bas, me-ninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden yang berlaku di Kilometer 4, Jalan Tatau- Bintulu, turut mengakibat-kan empat penumpang bas dan pemandu lori cedera parah.

Ketua Polis Tatau DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata, tayar hadapan sebelah kiri bas dari arah Tatau menuju ke Bintulu itu dipercayai meletup.

“Tayar yang pecah menye-babkan pemandu gagal mengawal bas, lantas memasuki lorong bertentangan menye-babkan sebahagian badan bas dan lori bertembung,” kata-nya.

Bas yang membawa 15 orang penumpang itu dalam perjalanan ke Miri selepas bertolak dari Kuching pada jam 7.30 malam kelmarin.

Kemalangan itu menyebabkan dinding kanan bas ter-koyak, manakala lori tersebut terbabas ke dalam parit.

dipetik dari borneo post