Ribuan gagak memenuhi bumbung dan pokok di sekeliling pangsapuri Kota Laksamana, Melaka .

Kehadiran burung berkenaan bukan saja mengundang najis yang mencemari permukaan jalan dan kenderaan di kawasan itu, malah penduduk terpaksa berdepan bunyi bising bermula jam 4 pagi.

Bayangkan bila ratusan ekor burung berkicau seawal jam 4 padi.  Ianya  amat mengganggu penduduk  yang terpaksa menghadapi bunyi tersebut untuk tempoh selama beberapa jam sebanyak dua kali sehari iaitu awal pagi dan pada sebelah petangnya pula.