Inilah orang kata, harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan guru mendidik anak, guru larikan anak kita.
Itulah sebabnya aku tak pernah percayakan sesiapa bila bab anak-anak. Terutama  bila ada  aktiviti sekolah yang melibatkan aktiviti di luar kawasan sekolah. Cerewetnya aku hingga aku ingin tahu siapa guru yang terlibat, naik kereta siapa, cikgu lelaki ke perempuan, mintak nombor telefon cikgu, kalau hanya sorang pergi ke aktiviti tu biar mama saja yang hantar, jangan ikut cikgu lelaki walaupun dia ustaz bla…bla….
hinggakan anak aku kadang-kadang malas nak ikut apa-apa aktiviti. Yang aku tak percaya tu guru lelaki, tapi nampaknya sekarang guru perempuan pun aku kena waspada jugak terutama guru perempuan yang belum kahwin dan ada perangai ‘tomboy’.

Semakin anak kita besar dan bertambah kiut miut maka kena lebih cerewetlah kita nampaknya.

Ingatkan bila letak anak kat asrama selamatlah sikit, rupanya kat sana pun ramai musang atau hantu jembalang jadian.  Mana lagi nak hantar anak jika kat sekolah agama pun banyak hantu jadian  songsang.

Aku memang phobia tengok perempuan yang ala-ala lelaki ni, bukannya apa minat mereka kat anak perempuan kita ni tinggi.  Habis tu tak kan kita nak halau dia dari sekolah tu pulak.  Lainlah jika dah ada kes macam di bawah ni.

Kelab Greenboc: Khalilah Dilarikan Guru Pengkid – Ibubapa Terbang Dari Melaka Ke Kuching.