Ahli keluarga Darunee Songserm, 59, dan Areena Songserm, 20, menangis kegembiraan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam apabila mereka yang mulanya turut disenaraikan antara 27 mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sebenarnya masih hidup.

Identiti Darunee dan anak saudaranya, Areena yang berasal dari Pattani, Thailand bertukar dengan nama dua pelancong wanita senegaranya yang turut berada di dalam bas malang itu iaitu Malee Boonchuan dan Uraiwan Laddaklon.

Malee dan Uraiwan terkorban dalam nahas membabitkan bas ekspres dua tingkat yang membawa sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand melawat Cameron Highlands sejak Sabtu lalu. Namun, identiti kedua-dua mangsa itu kelmarin tidak dikenal pasti.

selanjutnya di sini:

Kosmo! Online – Negara.