MIRI: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam melahirkan kemarahannya ke atas pihak yang bertanggungjawab mengenai keretakan yang wujud pada bangunan Poliklinik Tudan. “Saya tidak dapat terima perkara ini (bangunan retak).

Seharusnya pembinaan (bangunan) adalah secara profesional dan diiktiraf,” kata Liow ketika lawatan singkatnya ke Poliklinik Tudan, tengah hari semalam.

Menurutnya, keretakan yang berlaku pada bangunan klinik tersebut menimbulkan banyak persoalan dan pada masa sama berjanji akan menyelesaikanperkara berkenaan secepatnya.

“Saya akan pergi ke peringkat akar umbi untuk mengetahui apakah punca sebenar masalah ini, adakah disebabkan oleh tanah, cara pembinaan ataupun kerana strukturnya,” ujar beliau lagi.

Akhir tahun 2010 SM Sains Miri yang baru berusia 20 tahun menghadapi masalah sedangkan maktab yang terletak di sebelahnya masih utuh berdiri.  Kolej  TDTHj Bujang baru nak pindah ke bangunan baru tahun 2010 setelah begitu lama wujud sedangkan SM Sains Miri dah nak menyembah bumi.

Yang ini pulak poliklinik yang baru berusia setahun jagung tetapi dah kena kanser tahap 3.  Nampaknya ‘somewhere, somehow something wrong’ kat projek kerajaan ni.  Ni patut  kena AUDIT dan lapor kat SPRM suruh siasat masalah sebenar isu bangunan di bandaraya Miri  yang asyik retak dan bermasalah.

check selebihnya disini:

Liow marah poliklinik retak.