SEDANG aku asyik dengan posting aku tiba-tiba terkejut dengan bunyi mercun yang begitu dekat dan kuat.  Jiran-jiran dah mulakan acara malam Kristmas mereka.  Makin tengah malam makin kuat dan bisinglah kawasan perumahan tempat aku tinggal ni.  Nasib baik dah tak ada anak kecil, kalau tak tentu dengan si mamanya ni sekali yang terpaksa  berjaga sampai pagi dek kerana asyik terkejut mendengar bunyi mercun.

Walaupun mercun dah di haramkan tetapi ia tetap wujud tak kira apa saja perayaan.  Nasib baik pulalah lagi  kat sini tak ada yang sambut Depavali , kalau tak tentu kaya rayalah penjual mercun kat Sarawak ni. so whatever kata anak buah ku di Miri, nak jugaklah mengucap selamat hari Natal kepada semua……sapa-sapalah…..

Advertisements