Jika anda mempunyai anak di SM Sains Miri, anda mesti sentiasa bersedia untuk segala berita mengejut tentang sekolah tersebut.  Tahun lepas aku betul-betul pening di buat oleh pihak pengurusan SM Sains Miri.  Mula-mula katanya cuti 12 November 2010.  So suami pun ambik cuti untuk tarikh tersebut.  At last, pihak pejabat SMSM kata tak jadi cuti pada tarikh tersebut dan cuti pada tarikh  sama dengan tarikh sekolah lain iaitu  pada 19 November 2010.

Namun last minute tukar balik tarikhnya kepada 12 November 2010.

Tengah sibuk buat budget pendaftaran sekolah anak-anak, aku dapat panggilan telefon tentang berita sekolah tersebut nak berpindah dan mesyuarat tergempar diadakan beberapa hari kemudian.

Terbaharu anak telefon pada 11 Januari 2011 kata semua pelajar diberi cuti pada 13 Januari 2011 sehingga 23 Januari 2011.  Suami memang tak benarkan anak balik guna bas jadi terpaksa lah suami ambik cuti mengejut kerana berita yang mengejutkan tersebut.

Harap-harap pihak SM Sains Miri Update laman web mereka bagi membolehkan ibu bapa membaca segala berita terkini dan segala jadual serta aktiviti sekolah para warga SMSM.   Tak lah para ibu bapa terpaksa menunggu anak-anak menelefon tentang perkembangan “mengejut” sekolah yang agak ketinggalan dalam perkembangan web mereka ni.