Masa mereka nakkan kita, bermacam cara mereka gunakan untuk memikat kita.  Ada yang sanggup berhabis seluruh wang gaji semata-mata nak tunjukkan kasih sayang mereka.  Tak dengar suara kita sehari, rasa diri sudah mati, cincin pula setiap bulan dia bagi, makan minum jangan kira.

Kalau berjauhan, setiap minggu dia datang menziarahi kita, penat bekerja tak kira, balik petang Jumaat, malamnya dah ada depan mata.  Katanya rindu…..Itulah cinta lelaki, Hanyut kita di buai rasa, leka kita dengan kata-katanya, terasa dialah lelaki idaman jiwa, tentu bahagia hingga akhir hayat, dunia ini sempurna bersamanya….

Itu dulu, masa mula kenal dan kahwin.  Setelah beberapa ketika, tak kiralah bulan atau tahun, ada anak atau tiada, bila mata dah jemu, hati dah berubah, wanita lain terasa lebih indah dan memahami jiwa.  Isteri bagaikan wanita pengongkong hidupnya, katanya rimas  bila di rumah, isteri tak pandai berhias, makanan juga katanya dah tak sedap, alasan lain dah tak sehaluan….

Tak berani saya menyuruh anda berjaga-jaga, tiada siapa yang tahu nasib kita.  Tapi apa yang pasti jika ianya sudah terjadi pada anda, tak usah merayu atau menyuruh pihak ketiga mengalah, nampak sangat wanita ni  lemah.  Macamlah anda  hidup kerana dia..padahal dunia ini bukan setakat untuk lelaki seperti itu.

Apa lagi jika anda sudah ada anak, tinggalkan  saja lelaki yang tak mencintai anda itu, fokuslah pada anak-anak dan masa depan.  Tangisan tak akan mengembalikan belas ihsannya…anda sendiri yang akan merana.  Di luar sana ramai wanita senasib anda,  cari persatuan ibu tunggal di tempat anda.  Mintalah bantuan dan nasihat. Pasti ada jalan dan penyelesaiannya.  Itulah nasihat saya…

baca nasih isteri artis di bawah:

myMetro | ‘Cerita Joey hanya dusta’.