Inilah gambar Maria Amelia Lopez iaitu blogger tertua yang telah pun meninggal dunia. Beliau berkenalan dengan dunia blogger sejak 2006  ketika ulang tahun  nya ke-94.

Beliau mengenal dunia blogger melalui cicitnya. Setelah mempunyai halaman blog sendiri, cicitnya juga memperkenalkannya dengan dunia facebook.  Dari situlah beliau membentuk komuniti yang memperjuangkan hak-hak orang lanjut usia yang akhirnya mempertemukannya dengan Perdana Menteri Sosialis Jose Rodriguez.

Sungguh mengagumkan.  Jika para nenek dan golongan tua di Malaysia memilih untuk menjauhkan diri dari dunia internet, berbeza dengan warga tua di negara maju.  Mungkin warga tua kampung kat Malaysia menganggap dunia internet adalah satu pembaziran kerana kos untuk memiliki komputer dan broadband memang agak mahal di negara kita.

Agaknya jika harga sebuah komputer sudah begitu murah nanti tentu  keadaan pun akan berubah.