Bilakah pilihanraya akan diadakan?  Tak  kisahlah bila, tapi anda dah mendaftar jadi pemilih ke?  Ah!!!malas nak layan politik ni,tak suka ngan calonnya nanti.

Anda silap.  Itulah hak dan suara anda.  Pilihanrayalah yang memberi kuasa kepada rakyat.  Jika rakyat marah kepada pemimpin mereka dan boikot pilihanraya, kita juga yang rugi.  Bayangkan anda tidak suka seseorang calon dan bercadang memboikot pilihanraya,  mungkin orang yang suka dengan calon tersebut telah memilihnya menjadi pemimpin anda semula, siapa yang rugi.  Menyumpah seranah dan mengeluarkan pendapat di belakang merugikan anda.

Gunakan pilihanraya sebagai suara anda. Itu hak kita.  Undi kita boleh memenangkan seseorang calon.  Kalaupun calon yang kita benci menang, sekurang-kurangnya mereka tahu ada orang yang tidak suka kepada mereka.  Mungkin ini boleh memberi tekanan kepada mereka supaya lebih prihatin kepada rakyat yang mereka wakilkan.

Tapi anda dah mendaftar ke belum?   Tak payah fikir-fikir, bukannya nak memilih calon tu, cuma nak memastikan nama anda wujud bila tiba-tiba anda ingin mengundi kelak.

p/s:  saya tak suka wakil rakyat yang mewakili kawasan tertentu tapi mukanya cuma timbul bila time pilihanraya.  Masa lain sibuk kumpul harta.