Rasanya guru yang bertugas di pedalaman mendapat elaun kesusahan hidup dan  pendapatan mereka adalah melebihi pendapatan penduduk tempatan yang rata-ratanya cuma bekerja  kampung.  Jadi tidak timbul isu  pendapatan  kerana penerima komputer 1 Malaysia sepatutnya diberi  kepada orang yang yang kurang mampu barulah di beri kepada yang lain-lain sekiranya masih ada stok.  Apa yang terjadi adalah sebaliknya.  Mereka memberi alasan ketiadaan elektrik dan sebagainya untuk menafikan hak  pelajar kampung.

Amat memalukan jika anda yang di amanahkan menyalurkan bantuan tersebut, sebaliknya  menggunakan segala hak orang miskin untuk keselesaan hidup anda sendiri.

Saya memang tidak bersetuju dengan KGBS yang cuba membenarkan tindakan salah  ini.  Mana perginya kesemua komputer 1 Malaysia itu?  Adakah benar cuma mereka yang betul-betul layak menerimanya atau anak-anak orang yang tak layak menerimanya terlebih dahulu? baca petikan di sini

Syarat kelayakan harus diperjelaskan – Berita Tempatan | BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News.