myMetro | Sekolah Harapan sambut kelahiran bayi pertama.

Begitulah media sentiasa mencari berita sensasi.  Pernahkan anda terfikir bahawa penghuni di Sekolah Harapan juga adalah manusia yang mempunyai maruah dan rasa malu.  Memang betul mereka mungkin mempunyai masalah akhlak, namun betul ke apa yang berlaku kepada mereka adalah dengan kerelaan hati mereka?  Tidak kah terlintas di kepala kita, bahawa sebahagian dari mereka ini adalah mangsa rogol dan sumbang mahram.

Pandanglah masalah mereka dari sudut positif.  Pandangan sinis kita tidak mungkin dapat menolong masalah remaja.  Bayangkanlah jika mereka menyembunyikan kandungan mereka dan terpaksa melahirkannya secara haram.  Remaja ini adalah antara remaja yang bertuah kerana ibu bapa terutamanya diri mereka sendiri memilih untuk berada di sini.  Di sini mereka lebih selamat dan segala keperluan mereka dijaga.  Kesihatan dan keselamatan kandungan mereka terjamin.

Saya rasa jika media tidak terlalu mengikuti kehidupan Sekolah Harapan ini, mungkin lebih ramai remaja mengandung yang akan datang untuk tinggal di sini.  Namun apa yang saya perhatikan  dari mula penubuhannya hinggalah kepada kelahiran pertama  sekolah tersebut, pihak media tak jemu-jemu mengintip kehidupan mereka.

Pihak sekolah tersebut dan hospital sepatutnya menjadi pelindung mereka bukannya sebagai agen menyebarkan tentang berita terkini kehidupan mereka.  Seronok sangat ke bercerita tentang aib orang seolah-olah kita tak ada anak yang akan meningkat remaja.

Advertisements