Inilah berita yang aku baca dalam Malaysiakini.

Program rasionalisasi subsidi kerajaan BN yang menyaksikan harga barangan asas seperti petrol, gas dan gula dinaikkan turut mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat Malaysia selama dua hari mulai Khamis lalu, lapor Bernama.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah meneliti kepentingan rakyat dan membuat kajian rapi untuk jangka masa yang panjang sebelum bertindak untuk merasionalisasi subsidi.

Ia dilaksanakan bagi memastikan kedudukan kewangan negara dan kualiti kehidupan rakyat dapat diseimbangkan dan bukan untuk membebankan rakyat seperti apa yang didakwa oleh pihak Pakatan Rakyat.

Langkah merasionalisasi subsidi kali kedua dilaksanakan awal bulan ini yang melibatkan pengurangan subsidi ke atas petrol RON95, diesel, LPG dan gula.

Nor Mohamed yang juga ahli parlimen Tasek Gelugor berkata Presiden Korea Selatan itu sedar tentang kekuatan negara Malaysia tetapi pihak Pakatan Rakyta tidak.

“Orang luar lebih sedar tentang kekuatan kita berbanding pembangkang, biasalah mereka ini sudah kehabisan modal,” katanya.

Anda seronok ke dengan pujian Presiden Korea Selatan tu?  Sejuk ke hati kita dengan pujian  dari pemimpin negara yang hendak berperang ni?

Lebih baik pak menteri berkenaan buka balik suratkhabar lama bulan lepas.  Aku pun dah lupa apa yang ditulis dalam akhbar tu, yang aku ingat cumalah tiada kenaikan…….entah…. lupa…tiba-tiba  harga RON95 naik…..

pujian itu untuk siapa sebenarnya…..????