Mula-mula klinik 1 Malaysia, lepas tu Klinik Bergerak 1 Malaysia dan kini Klinik Bot Bergerak hibrid….lepas ni……entah apa nama dan jenama klinik lagi yang ada.  Betul-betul ramailah orang Malaysia yang sakit…..

Punyalah sibuk dengan kesihatan rakyat Malaysia, hinggakan nasib sebuah sekolah berasrama penuh di Miri tak ‘terpandang’ langsung oleh pihak kementerian.  Begitulah sibuk mereka dengan kerja mereka yang ‘bertimbun’ sehingga SM Sains Miri dah nak runtuh baru mereka kelam kabut nak bermesyuarat.  Sehingga lah Pn Serina mengambil alih barulah nampak bangunan SM Sains Miri  sebenarnya umpama ” gadis yang berusia 20 tahun yang terkena kanser tahap 5″ .  Semua doktor dah tak sanggup nak merawatnya lagi dan cuma kematian yang akan menamatkan segala penderitaan gadis malang tersebut.

Malang sungguh nasib rakyat Sarawak.  Dah lah cuma ada DUA SBP, itu pun di layan seperti ANAK TIRI ANGKAT yang berpenyakit kusta.  Mereka hendak di asingkan jauh ke dalam hutan.  Lihatlah nasib pelajar SMSM selepas ini.  Jika betul anak Sarawak tidak di anak tiri angkatkan  BUKTIKAN  tanpa memisahkan mereka dan berikan mereka  sebuah sekolah di satu tempat yang BETUL-BETUL MEMENUHI kriteria SBP dan jangan buang mereka ke dalam hutan belantara.