Seperti yang sudah diduga inilah gambar-gambar perjalanan ke SMK Tinjar yang cantik dan indah itu.  Sekolah yang begitu sesuai dengan imej SM Sains Miri……tapi…..

Jalannya…….. tengoklah sendiri dan bayangkan perjalanan anak anda atau anda sendiri yang akan ke sana.  Udara di sana mungkin lebih baik kualitinya tetapi kalau dah dua setengah jam tulang-tulang kita hampir nak tercabut masa pergi kesana udara yang sihat dan penuh oksigen pun akan membuat kita cepat kena reput tulang….

Bak komen penulis blog tersebut, perjalanan ke sana  tak sesuai dengan anak-anak ‘kita’.  Hospital jauh, balai polis tak ada,kedai terdekat jauh, pekan terdekat pun macam ‘cowboy town’….pendek cerita, langsung bukan option yang patut diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap warga SM Sains Miri.

Agaknya adakah tukang masak nak pergi ke situ?  Silap-silap kebulur anak-anak kita nanti jika tukang masak enggan berpindah.  Guru-guru macam mana?  I’m sure 100% mereka takkan setuju.  Mereka pun ada anak yang masih kecil dan sekolah rendah, nak hantar ke mana?….Idea yang paling tak masuk akal 2010.

Kalau ada anugerah idea paling…… 2010 aku nak cadangkan idea yang membuat semua orang marah ni.