Sabtu lepas aku membawa anak ku yang demam ke klinik.Aku sebenarnya suka doktor ni.  Di Bintulu ada dua klinik yang aku suka tetapi dua klinik ni tak dibuka pada waktu malam.  Jadi bila ada kecemasan di waktu malam aku terpaksa ke klinik lain yang aku rasa sama seperti membeli ubat di farmasi.

Bercerita tentang hari Sabtu lepas kami sebenarnya pergi agak lewat, jadi  giliran anakku tadi hampir yang terakhir.  Ramainya orang ke klinik hari tu!  Yang paling ramai   warga asing yang kebanyakannya membawa anak-anak yang masih kecil.

Agaknya kanak-kanak ni dah terlalu lama duduk je dalam klinik tu dan mungkin dah mengantuk atau lapar, mereka pun mulalah meragam.  Dah tu pulak, bila sorang dah mula meragam, yang lain pun mengikut sama.  Macam berjangkit pulak.  Masa tu jam dah melebihi 1200 tengahari dan papan tanda ‘close’ dan dipasangkan.  Pesakit pun dah mula sedikit dan suami dan anak yang demam dah masuk di dalam salah satu bilik rawatan.

Apa yang peliknya, pekerja klinik tu macam tak selesa dengan suasana bising tangisan anak-anak tu.  Mereka mula menunjuk tingkah laku dan kata-kata yang kurang senang dengan situasi begitu.  Sepatutnya ibu-bapa kanak-kanaklah yang kurang selesa dengan keadaan anak mereka.

Mungkinkah kerana pesakit-pesakit tu bukan warganegara atau memang mereka suka berlagak seolah-olah klinik tu milik mereka.  Setahu saya klinik tu adalah antara klinik yang mengenakan bayaran yang mahal di Bintulu.

Perkara begini bukan pertama kali berlaku di klinik tersebut.  Beberapa ketika dulu pekerja di klinik tu pernah memarahi ibubapa yang anak mereka termuntah di dalam klinik.  Bukannya sengaja pun.  Budak tu kan demam.  Bukannya seperti kita yang sudah dewasa yang tahu bila dan dimana nak muntah.

Bagiku sikap pekerja begini langsung tidak profesional.  Nasib baiklah doktor yang empunya klinik tersebut memberi layanan dan rawatan yang terbaik.  Kalau tak, aku pun tak ingin pergi ke klinik yang teruk layanan nya itu.