Category: BINTULU


Oleh kerana aku tinggal di kawasan yang lalu lintasnya sesak waktu orang turun dan balik kerja jadi aku akan cuba mengelak dari menggunakan jalan Kidurong menghala ke pelabuhan Bintulu pada waktu tersebut.  Bila hari hujan aku  lagi stress.

Hujan bermakna kemalangan akan berlaku di jalan yang selalu aku lalui ni.  Mesti ada sekurang-kurangnya satu kemalangan bila hujan turun.  Tak kisahlah hujan lebat ke atau hujan renyai-renyai.

Perjalanan yang mungkin mengambil masa cuma lima belas minit dari sekolah anak aku akan menjadi lebih dari satu jam bila hujan turun.  Apa yang amat menarik tentang jalanraya yang menuju ke pelabuhan ni ialah pengguna yang sudah biasa menggunakannya akan memandu di sebelah kanan dan  memotong di sebelah kiri.

Ha..ha..ha.sebabnya jalan sebelah kiri bergelombang dan berlubang jadi lebih selamat memandu disebelah kanan.  Begitu juga lah jika hendak ke pusat bandar.  Jangan salah sangka pulak.  Ilmu ni cuma sesuai bila anda memandu bermula dari traffic light hospital hingga ke pelabuhan je. Kawasan lain aku kurang pasti.

Satu lagi yang menarik di kawasan Kidurong ni ialah traffic light yang sepatutnya membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.  Traffic light ni langsung tak berguna bila berlakunya kemalangan yang menyebabkan kesesakan.

Pemandu tidak akan menghiraukan warna lampu bila tengah sesak ni.  Apa yang penting ialah kecekapan dan ambil kesempatan bila ada peluang untuk melepaskan diri dari kesesakan.

Paling aku suka sejak menetap di sini ialah bila traffic light rosak.  Langsung tak payah takut sebab perjalanan aku selalunya lurus je. Lain lah bagi yang terpaksa buat ‘U turn’, kenalah hati-hati.  Aku paling suka mengekori kenderaan berat bila traffic light rosak. Sure tak ada yang berani potong jalan.

Agaknya manusia menjadi semakin kurang bersopan di jalanraya di sebabkan kebosanan kerana terlalu lama menggunakan jalan yang sama, jalan yang selalu rosak dan sesak. Tiap hari guna jalan yang sama, melihat orang yang sama dengan keadaan yang sama dan warna lampu yang sama….BOSANnnnnnnnnnnn

Advertisements

hanya gambar hiasan

cuma gambar hiasan

Ada seorang  perpustakawan  di Bintulu ni yang menjadi perhatian aku. Umurnya masih dalam lingkungan 20 an dan baru beberapa tahun bekerja kat situ.

Kacak pun ya. Yang pasti,  semua orang yang pergi ke perpustakaan tu akan cepat mengenalinya walaupun dia berada di tempat lain seperti shopping mall atau retaurant.

Songkok!  Tabiat memakai songkok tinggi yang tak pernah lepas dari kepalanya tu dah seperti satu cop mohor ‘budak library‘   tu.  Cuma dia sorang je aku rasa kat seluruh Bintulu yang pakai songkok tinggi tu setiap masa.

Tak tahulah di rumah dan toilet.  Tapi setiap kali terjumpa dengan dia kat luar mesti dah kenal dari jauh bila ternampak songkok hitam tinggi tu.

Yang aku tahu orang lelaki ni bersongkok bila nak solat atau ke majlis perkahwinan ke atau pada hari Jumaat.  Jika hari lain mesti orang ingat dia nak pergi berziarah ke rumah orang meninggal.  Pak aji yang baru balik dari Mekah tak pakai songkok tapi kopiah.  Tak tahulah kat tempat lain tapi ‘budak library’ ni dah mencipta jenama fesyen dia sendiri.

Agaknya orang akan hairan jika suatu hari dia terlupa atau terhilang songkok ajaib dia tu.

Setelah lama tinggal di Bintulu, aku baru perasan di sini lebih mudah  untuk mendapatkan ikan segar.  keluarga aku di Miri akan selalu singgah ke pasar ikan kat Kampung Baru semata-mata nak  beli banyak ikan untuk dibawa balik ke Miri.

Bandaraya Miri  walaupun sama macam Bintulu, berhampiran  dengan pantai namun nak dapat ikan segar punyalah susah dan mahal.  Kalau aku ke Miri, kami selalu ke tepi pantai Bakam dan Baram yang begitu jauh cuma kerana nak membeli ikan segar.  Pasar ikan yang melambak kat Miri tu langsung tak dikunjungi.  Bukan apa takut dah di tambah bahan pengawet untuk membuat ikan kelihatan  segar.

Di Bintulu, aku jarang ke pasar ikan besar di tengah bandar.  Rasanya aku lebih suka ke Kg. Baru atau ke pantai Kidurong untuk mendapatkan ikan.  Kalau pagi pergilah ke pantai Kidurong kerana nelayan-nelayan akan memunggah ikan mereka untuk dijual pada waktu pagi di sini.  Kalau anda ke pantai ini pada  hujung minggu anda akan dapati pantai ini sibuk dengan penduduk setempat yang mencari ikan segar.

Sebelah petang pula seawal 230 petang berkunjunglah ke Kg. Baru untuk mendapatkan ikan segar.  Selalunya terdapat banyak ikan segar malah ikan untuk umai dengan servis menyediakan bahan-bahannya sekali pun ada di sediakan.  Jadi kalau agak malas belilah ikan yang telah di potong kecil ini bersama bahan-bahannya sekali.

Kalau ayam cuma ada satu tempat yang aku pergi.  Aku akan ke Fair Choice di MLNG housing.  Cuma kat situ aku confident beli ayam segar.  Ini  kerana ayam di situ di sembelih kat kedai tersebut oleh Pak Haji yang aku kenal.  Aku memang tak akan membeli ayam yang dilonggok kat supermarket walaupun harganya agak murah.  Tak confident langsung dengan kebersihan dan ke ‘halalan’ ayam tersebut.

Sayur mayur pulak aku akan ke tepi jalan di Kidurong housing dimana penjual bumiputera  menjual hasil kebun dan sayur tempatan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tempat lain.

Barang-barang keperluan dapur di sini masih dikategorikan mahal berbanding Miri.  Kalau kat Miri sayur agak murah namun di sini sayur dan buah-buahan masih lagi amat mahal.

Jadi jika anda bukan berasal dari Miri atau Bintulu, anda akan terkejut dengan harga makanan di sini.  Tanyalah orang yang telah lama menetap di sini di mana mereka mendapatkan barangan dapur mereka.  Sekali lagi jangan risau tentang bahasa sebab orang Sarawak boleh berbahasa banyak bahasa yang mudah.  paling susah pun anda boleh guna bahasa isyarat kat sini…salam sejahtera.

Inilah waterfront Bintulu, Subhanallah………..Saya sendiri jarang kesini, maklumlah kita memang tinggal kat Bintulu, bila-bila masa boleh datang.


Kat sebelah ni my favourite road, cool dan cantik macam gambar kat oversea…. Tapi kalau masa ribut jangan guna jalan ni, bahaya!  Kalau tak takut ranting pokok tu jatuh bolehlah cuba.



Kat bawah tu peta dimana letaknya bandar Bintulu. Tengah Sarawak antara Miri dan Sibu.  Kebanyakan rakyat Bintulu melihat laut setiap hari samada nak pergi kerja, hantar anak ke sekolah atau nak ke bandar.


Di Sarawak terdapat perbagai bangsa dan suku kaum dengan bahasa yang berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain walaupun tergolong dalam suku kaum yang sama. Kaum Melanau misalnya mempunyai bahasa mereka tersendiri mengikut kampung dan asal mereka.
Bagi kaum Melanau Bintulu dan Niah mereka mempunyai versi bahasa Melanau mereka yang tersendiri, unik dengan sebutan yang dalam(tajwid tersendiri)
Saya akan berkongsi beberapa perkataan yang saya pelajari semenjak bersuamikan orang Vaie(Bintulu)… Teruskan membaca