Kesemua anak-anak saya belajar di SK Agama.  Bukannya tidak ada sekolah lain di Bintulu atau saya bersikap perkauman.  Nak masuk sekolah agama di Sarawak bukannya mudah.  Kena pergi ujian khas semasa berusia 6 tahn.  Adakah SK Agama cuma memilih pelajar yang bijak sahaja?  Bukan.  Ini disebabkan permintaan yang tinggi dari ibu bapa sedangkan pengambilan pelajar adalah terhad.  Di Bintulu contohnya,  setiap tahun pengambilan pelajar adalah  terhad kepada 2 atau 3 kelas bagi tahun satu dengan jumlah 35 orang sekelas.

Sekolah Agama Bintulu adalah antara sekolah yang paling kecil di Bintulu.  Jumlah pelajarnya mungkin tidak melebihi 550 orang.  Kawasan sekolah yang terletak di lereng bukit begitu kecil sehingga sekolah ini tiada padang sekolah.  Biasanya sukan sekolah di adakan di stadium berhampiran dan jika terpaksa dibuat ala kadar sahaja.  Tetapi  saya masih memilih sekolah agama atas beberapa alasan:

Teruskan membaca