Ramadhan 2009, ku pohon KAU kasihani anak lelakiku yang terpaksa menghadapi UPSRnya di bulan berkah itu, lalu KAU beri berita gembira di atas usaha gigihnya dengan UPSR yang cemerlang.
Ku mohon lagi agar KAU berinya tempat di sekolah terbaik…lalu KAU gembirakan hati kami dengan rahmatMU.
Ku mohon lagi agar KAU ringankan beban kewangan suamiku….Kau tetap mendengar keluhan ku..
Pun aku tetap tanpa segan silu berdoa dan terus meminta….
Pada MU aku tidak malu untuk memohon..
Kerana ENGKAU Maha Mengasihi
ENGKAU Maha kaya dan tidak pernah ENGKAU meminta balas
atas apa yang ku minta
aku selalu meminta tetapi amat mudah lupa untuk mensyukuri nikmat yang KAU beri
Ramadhan in i(2010) dengan penaku aku bersyukur pada MU ya ALLAH aku bersyukur ya ALLAH, aku bersyukur ya ALLAH
Jadikan aku sentiasa bersyukur dengan hidupku dan
jadikan aku seorang yang sentiasa bersyukur……..
dan matikan aku dalam redha MU…………….