Semasa parking kat library BDA Bintulu tadi, aku ternampak seorang perpustakawan wanita menaiki motor bersama anak perempuannya yang masih kecil, mungkin berumur 4-6 tahun.

Aku amat tertarik cara wanita ini membawa anaknya yang membonceng dibelakangnya.  Dia menggunakan “baby carrier” yang diubah suai.  Jadi si ibu tidak perlu risau dengan anak yang duduk di belakang dan dapatlah pulak concentrate dengan kesesakan lalu lintas.Sianak pulak dapat duduk dengan selesa tanpa risau jatuh ketika si ibu membelok.

Ini adalah satu idea yang menarik bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih berumur di bawah 4 tahun dan sering menggunakan motor untuk menghantar mereka ke tadika. Ubah suailah “sling carrier” yang ada untuk keselamatan mereka dan ketenangan anda semasa membawa motor.