Menurut WHO ada 5 punca stress:-

1.     penyakit jiwa

mengalami kemurungan, trauma atau tengah bersedih yang berpanjangan.  Atau ada suara ‘wahyu’ yang kerap berbisik menyuruhnya melakukan sesuatu yang aneh.

2.   masalah hubungan sosial

baru putus cinta, mengalami keruntuhan rumahtangga atau masalah keluarga  atau kehilangan ahli keluarga tersayang.

3.    masalah kewangan

ada masalah dengan ah long , hutang, hilang pekerjaan, mengalami kerugian dan bangkrap kerana saham jatuh menjunam.

4.    masalah kesihatan

tidak tertanggung dengan derita penyakit  yang mereka alami.

5.    salahguna dadah

Bantu mereka dengan:-

  1. ambil kira keluhan mereka.

  2. Jadilah pendengar yang baik.

  3. jangan persenda mereka.  mereka sudah cukup stress dan jangan tambah stress mereka.

  4. maklumkan kepada orang yang terdekat dengan orang tersebut supaya mereka berjaga-jaga.

  5. dapatkan bantuan pakar. pujuk mereka berjumpa dan mendapatkan bantuan pakar.

Tindakan anda akan menolong golongan yang stress melampau ini dari membunuh diri.