Aku pernah terbaca petua menggunakan lemon juice dan minyak zaitun untuk membuang batu karang. Namun tak pernah cuba.  Ini petua yang baru aku dapat dari seorang kawan.  Macam tak merbahaya cuma tak tahu apa bendanya Epsom tu.  Macam bunyi jenama barang elektronik je.  Ni kena tanya kat pharmacy lah pulak.  Namun aku tetap nak share petua yang aku rasa  tidak mendatangkan mudarat ni dengan anda.

Petua:

Katanya,5 hari yang pertama,  kena minum 4 gelas jus epal hijau setiap hari (nak makan 4 – 5 biji epal hijau pun boleh gak kot).   Ini bagi melembutkan batu karang.

Masuk hari ke enam tak boleh makan malam.  Makan petang bolehlah agaknya asalkan jangan makan selepas jam 5.59 petang.

Pada pukul 6 petang  kena minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing.

Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun  yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.

Esok paginya, InsyaAllah  akan nampak batu hijau kat najis… kalau buang air besar barulah nampak …biasanya terapung!…Kalau buang air besar kat sungai tak nampaklah.  Kalau tak bewarna hijau aku tak tahu pulak.

Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing. Itu kata kawan aku tu lagi.