1. BERTERIAK

Salah satu tips stress yang baik untuk dicuba. Iaitu dengan berteriak! Saat stress, kita akan merasakan ada sesuatu yang berat  di hati kita.   Lepaskan saja perasaan tersebut. Berteriaklah sekuat hatimu.

Supaya tak malu dan dikatakan gila… berteriak di bilik  kedap suara.Atau carilah tempat yang tiada orang.  Ini mungkin boleh dilakukan di tepi laut atau atas bukit. Ianya mungkin tidak dapat menghilangkan stress anda secara keseluruhan namun anda akan merasa sedikit lega selepas melepaskan apa yang terbuku di hati anda.

2.Berelaksasi

Cara mengatasi stress dengan berteriak mungkin agak  sulit bagi yang tidak mempunyai tempat yang sesuai melakukannya. Kalau begitu cubalah berelaksasi.

Caranya! duduklah secara  santai mengadap cermin. Kemudian tarik  nafas dalam-dalam secara perlahan. Tapi jangan ditahan..terus kelluarkan nafas itu  secara perlahan-lahan juga.  Hati anda akan semakin tenang.

3. Miliki Hobi?

Cara  termudah untuk menghadapi stress, adalah dengan melakukan hobi.  Jika anda suka berkaraoke, bermain futsal atau apa saja hobi yang agak gila-gila, kenapa tidak dilakukan?

4. Buat diri anda  tertawa.

Jangan ketawa tanpa sebab, atau orang akan mengatakan anda sudah gila.  Tontonlah atau bacalah sesuatu yang lucu dan boleh menyebabkan anda ketawa. Masuklah persatuan ketawa yang kini sudah wujud.  Di situ anda tidak akan dikatakan gila kerana sengaja ketawa.

5. Minum Susu

Susu di katakan boleh mengurangkan stress kerana ianya dapat mengurangkan kadar hormon adrenalin dalam darah.

6.Luahkan stress  anda.

Luahkan masalah anda kepada  orang yang anda percayai  dan mungkin mereka boleh memberi sedikit idea tentang masalah anda.  Sekurang-kurangnya ada orang yang memahami masalah anda.Menyimpan stress bagaikan bom jangka yang akan memusnahkan diri anda sendiri.  Susah sangat, luahkan sahaja dilaman web seperti facebook atau twitter.

7. Persaingan Positif

Persaingan akan memberi motivasi untuk kita menjadi lebih baik. Ada benarnya namun biarlah persaingan itu secara positif dan kita tidak tertekan kerana asyik memikirkannya.

Lakukan sesuatu untuk melakukan hal yang terbaik bukan untuk mengalahkan pesaing anda.

8. Selalu  berfikiran  positif.

Sesuatu yang buruk bagi seseorang tidak semestinya demikian halnya  bagi orang lain.  Bila seseorang itu cuma melihat sisi buruk sesuatu perkara ianya dikatakan stress.  Namun ketika anda melihat sisi baiknya pula itu dinamakan motivasi hidup.

Jadi terpulang kepada anda samada hendak melihat sisi buruk sesuatu perkara tersebut dan innya akan membuat diri anda stress atau melihat sisi positifnya dan ianya akan memotivasikan hidup anda.

Akhirnya selalulah memohon kepada Allah untuk di tenangkan hati dan fikiran dalam menjalani kehidupan ini.  Jiwa yang diserahkan kepada Allah akan menjadi tenang, dan akhirnya tiada apa yang anda perlu risaukan kerana semua yang kita miliki adalah milik Allah semata.  Kita cuma berada di dunia ini untuk suatu tempoh tertentu sebelum ajal menjemput kita.