Category: Uncategorized


Gara-gara nak makan cendol di kantin sekolah, dua anakku yang belajar di sekolah rendah, keracunan makanan.  Mula-mula si adik yang termuntah dan sempat pulak ke klinik walaupun agak lewat.  Hampir tengah malamnya pulak si kakak yang termuntah dan bermulalah episod tidak lena tidur kami sekeluarga bila asyik bangun keluar masuk tandas.

Pagi tadi kami biarkan keduanya tidur dan berehat.  Ketika menghantar surat sakit di pejabat sekolah, rupa-rupanya ramai pelajar yang termuntah semasa sesi kelas kafa.  Ketika keduanya ku suruh bangun dan bersarapan pagi tadi, muka mereka nampak pucat dan si kakaknya nampak begitu tidak bermaya dengan panas badannya agak tinggi.

Aku terus mengambil keputusan untuk membawa mereka ke klinik dan sepanjang perjalanan setengah jam tersebut aku asyik berhenti di tepi jalan bagi membolehkan anakku yang bongsu muntah.  At last aku sampai jugak ke tempat yang di tuju dan setelah berpusing-pusing mencari parkir, akhirnya aku dapat jugak tempat letak kereta yang agak jauh dari klinik tersebut.

Kesihannya melihat anakku yang sorang tu hampir nak tumbang bila terpaksa berjalan ke klinik tersebut.  Sampai saje ke klinik, dia terus berlari ke tandas dan mengeluarkan segala yang ada dalam perutnya yang memulas sejak awal lagi.

Selalunya klinik ni memang penuh dengan pesakit, namun hari ni tak ramai pulak.  Rupa-rupanya suami aku dah menunggu kami sebaik aku memaklumkan tentang keadaan kedua anakku melalui telefon.  Nampak gayanya suamiku terpaksa memohon cuti hari ni.

Ketika aku online ni, semua mereka keletihan dan sedang lena tidur termasuk si suamiku yang memohon cuti tadi.

KIEV, Ukraine – Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.

seterusnya di:

Kosmo! Online – Dunia.

Bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew mahu rumah keluarganya dirobohkan bagi tujuan pembangunan semula selepas beliau meninggal dunia.

Kuan Yew yang kini memegang jawatan menteri mentor berkata, beliau tidak mahu rumahnya dijadikan sebuah bangunan bersejarah.

Dipetik daripada sebuah buku yang dilancarkan semalam, beliau telah mengarahkan pemerintah merobohkan rumahnya itu yang merupakan banglo era kolonial British yang terletak di lokasi beli-belah utama, Orchard Road.

baca selanjutnya di sini:

Kosmo! Online – Dunia.

GMPP, PIBGN cadang mansuh yuran sekolah

KUALA LUMPUR – Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) semalam meminta kerajaan menghapuskan yuran sekolah yang didakwa semakin meningkat setiap tahun.

Penyelaras GMPP, K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar meningkat kepada antara RM35-RM40 seorang.

“Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bawani berkata, kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk urusan pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.

DI negara-negara membangun seperti di Asia Selatan, makanan dan politik adalah dua perkara yang sangat berkait rapat. Ini kerana apabila kelazatan makanan kebangsaan mula diganggu, ia mungkin menaikkan kemarahan rakyat sehinggakan ia begitu mudah meruap dan menggoncang kestabilan politik.

Kekurangan bekalan bawang di India, kehabisan stok kelapa di Sri Lanka dan peningkatan harga minyak masak di Bangladesh kini menjadi satu ancaman serius kepada kerajaan di ketiga-tiga negara itu.

Situasi genting itu menjadi lebih daripada satu isu budaya dan negara berbanding kekurangan nutrisi.

Memang benar, tiada siapa yang akan mati kebuluran hanya kerana India keputusan bekalan bawang. Tetapi krisis itu akan menyebabkan rasa makanan mereka terutama kari tidak lagi sama bahkan tidak enak seperti selalu.

Malah, jika mereka mahu mengekalkan rasa kari dan masakan lain, mereka perlu membayar lebih mahal untuk mendapatkan bawang. Yang pasti, situasi itu akan menyebabkan ramai yang tidak gembira.

baca selanjutnya di sini:


Kosmo! Online – Rencana Utama.