Archive for Januari, 2011


Dari Anas r.a, katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
‘ Telah berfirman Allah Ta’ala :

Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.

Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu

.Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu,

pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

Suami yg baik, selalu minta PENDAPAT istrinya.

Isteri yg baik, selalu minta PENDAPATAN suaminya

Herannya masa hantar anak ke sekolah hari ni.  Biasanya jika hari Isnin, musim hujan lak tu, jalan agak sesak terutama jika masa keluar rumah dah melebihi jam 630 pagi.

Tapi pagi tadi, suasana agak aneh dari biasa.  Lengang semacam dan tak nampak kelibat pelajar tengah menunggu bas sekolah kat luar perumahan aku.  Aku check jam kat dalam kereta, dah pukul 635 am.  Tak puas hati, aku check kat handphone.  Sama.

Selalunya tak begini.  Apa lagi tengah hujan begini.  Mana perginya semua orang?  Masa kat traffic light hospital aku sekali lagi heran, cuma sedikit kereta yang berbaris menunggu kat belakang kereta kami.

Bila sampai kat depan sekolah Chung Hua, aku lagi heran, tak ada kereta yang masuk ke kawasan sekolah tersebut.

La.aaaaa………….Kan semua sekolah kat Bintulu dah mula cuti Tahun Baru Cina.  Cuma sekolah anak aku yang tak cuti.  Patutlah sunyi sepi pagi ni.  Itu rahsianya………………….

Suatu hari,  seorang pemuda tergesa-gesa memasuki sebuah restoran karena kelaparan sejak pagi belum sarapan. Setelah memesan makanan, seorang anak penjual kuih  menghampirinya, “Bang, beli kuih Bang, masih panas dan enak rasanya!”

“Tidak Dik, saya mau makan nasi saja,” kata si pemuda menolak.

Sambil tersenyum si anak pun berlalu dan menunggu di luar restoran.

Melihat si pemuda telah selesai menyantap makanannya, si anak menghampiri lagi dan menyodorkan kuihnya. Si pemuda sambil beranjak ke kaunter  hendak membayar makanan berkata, “Tidak Dik, saya sudah kenyang.”

Sambil terus mengikuti si pemuda, si anak berkata, “Kuihnya boleh  dibuat oleh-oleh pulang, Bang.”

Dompet yang belum sempat dimasukkan ke poket  pun dibukanya kembali. Dikeluarkannya dua lembar wang  dan ia menghulurkannya kepada  anak penjual kuih. “Saya tidak mau kuihnya. Anggap saja sedekah dari saya.”

Dengan senang hati diterimanya wang itu. Lalu, dia bergegas ke luar restoran, dan memberikan wang pemberian tadi kepada pengemis yang berada di depan restoran.

Si pemuda memperhatikan kelakuan anak tadi. Dia merasa heran dan sedikit tersinggung. Ia langsung menegur, “Hai adik kecil, kenapa wangnya kamu berikan kepada orang lain? Kamu berjualan kan untuk mendapatkan wang. Kenapa setelah wang ada di tanganmu, kamu berikan ke si pengemis itu?”

“Bang, saya mohon maaf. Jangan marah ya. Ibu saya mengajarkan kepada saya untuk mendapatkan wang dari usaha berjualan atas jerih payah sendiri, bukan dari mengemis. Kuih-kuih ini dibuat oleh ibu saya sendiri dan ibu pasti kecewa, marah, dan sedih, jika saya menerima wang dari orang, bukan hasil dari menjual kuih. Tadi abang kata, wang sedekah, maka  saya berikan kepada pengemis itu.”

Si pemuda merasa takjub dan menganggukkan kepala tanda mengerti. “Baiklah, berapa banyak kuih yang kamu bawa? Saya borong semua untuk oleh-oleh.” Si anak pun segera menghitung dengan gembira.

Sambil menyerahkan wang si pemuda berkata, “Terima kasih Dik, atas pelajaran hari ini. Sampaikan salam saya kepada ibumu.”

Walaupun tidak mengerti tentang pelajaran apa yang dikatakan si pemuda, dengan gembira diterimanya wang itu sambil berucap, “Terima kasih, bang. Ibu saya pasti akan gembira sekali, hasil kerja kerasnya dihargai dan itu sangat berarti bagi kehidupan kami.”

Pada suatu hari jumaat yang hening Iylia naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mak Iylia memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Iylia dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Iylia pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Iylia pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Iylia pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Iylia pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Iylia sekali…tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..

Iylia pon berbisik kepada orang dihadapannya…

Iylia: “jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti..” ..

lalu orang itupun menjawab..”alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu”.

lalu orang disebelah Iylia pula yang terkejut kerana Iylia bercakap di dalam sembahyang pon berkata…

” eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap”..

selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara ” yang kau bercakap tu aper “….

sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..