Category: BERITA SEMASA


Cuma sehari selepas pilihanraya di DUN Tenang, harga RON97 naik lagi 10 sen  menjadi RM 2.50 seliter (sebelum ini RM 2.40 seliter).

Jika dulu ramai yang lebih memilih RON97, namun aku rasa lepas ni tentu ramai yang terpaksa menggunakan RON95 apa lagi harga minyak semakin meningkat ekoran krisis di Mesir.

Nasib baik cuma  harga RON97 yang naik.  Kalau RON95 naik, alamat negara kita pun nak jadi Mesir jugak!

 

Inilah keadaan sebuah bas yang terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas penumpang dan lori pengangkut baja di Tatau Bintulu 2 hari lepas.

IMPAK PERTEMBUNGAN: Keadaan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kuching ke Miri selepas bertembung dengan lori dari Bintulu ke Tatau.

Dalam insiden pada jam 6.15 pagi itu, mangsa, Cheria Menua, 39, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia selepas dimasukkan ke Poliklinik Tatau.

Cheria bersama suaminya, pemandu lori terbabit, dikatakan dalam perjalanan ke pekan Tatau dari Bintulu.

Seorang lagi mangsa yang turut terkorban ialah penumpang bas yang merupakan lelaki warganegara India, dikenali sebagai Ranjit Singh, 55.

Ranjit yang duduk di depan di bahagian kanan bas, me-ninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden yang berlaku di Kilometer 4, Jalan Tatau- Bintulu, turut mengakibat-kan empat penumpang bas dan pemandu lori cedera parah.

Ketua Polis Tatau DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata, tayar hadapan sebelah kiri bas dari arah Tatau menuju ke Bintulu itu dipercayai meletup.

“Tayar yang pecah menye-babkan pemandu gagal mengawal bas, lantas memasuki lorong bertentangan menye-babkan sebahagian badan bas dan lori bertembung,” kata-nya.

Bas yang membawa 15 orang penumpang itu dalam perjalanan ke Miri selepas bertolak dari Kuching pada jam 7.30 malam kelmarin.

Kemalangan itu menyebabkan dinding kanan bas ter-koyak, manakala lori tersebut terbabas ke dalam parit.

dipetik dari borneo post

Itulah yang dilaporkan dalam borneo Post.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Georeg Chan berkata, kes itu dilaporkan berlaku dari 1 hingga 28 Januari ini.

Bagi ibu bapa yang telah membelanjakan sejumlah wang untuk pendaftaran ke pusat jagaan dan tadika swasta tentulah merasa risau dengan tahap kesihatan anak-anak mereka.

Yang peliknya ada ibu bapa terutamanya yang bekerja tidak memperdulikan orang lain dengan menghantar anak-anak yang demam dan mempunyai simpton2 H1N1 ke sekolah dengan alasan tiada orang yang boleh menjaga mereka di rumah.

Kita sebagai ibu bapa sepatutnya lebih bersikap bertanggungjawab untuk tidak menyebabkan penularan penyakit yang agak menakutkan.

KIEV, Ukraine – Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.

seterusnya di:

Kosmo! Online – Dunia.

The World ‘ditelan laut’

PROJEK BERMASALAH ...kedudukan The World dilihat dari udara.
PROJEK BERMASALAH …kedudukan The World dilihat dari udara.

DUBAI: Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia – dikenali sebagai projek mewah The World – kini dilaporkan berdepan dengan ancaman kemusnahan.

Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak empat kilometer di luar pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.

Pulau itu dibangunkan untuk menempatkan villa mewah dan kompleks hotel khusus untuk golongan jutawan.

Ia hanya boleh dimasuki menggunakan perahu layar atau bot.