The World ‘ditelan laut’

PROJEK BERMASALAH ...kedudukan The World dilihat dari udara.
PROJEK BERMASALAH …kedudukan The World dilihat dari udara.

DUBAI: Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia – dikenali sebagai projek mewah The World – kini dilaporkan berdepan dengan ancaman kemusnahan.

Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak empat kilometer di luar pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.

Pulau itu dibangunkan untuk menempatkan villa mewah dan kompleks hotel khusus untuk golongan jutawan.

Ia hanya boleh dimasuki menggunakan perahu layar atau bot.