Herannya masa hantar anak ke sekolah hari ni.  Biasanya jika hari Isnin, musim hujan lak tu, jalan agak sesak terutama jika masa keluar rumah dah melebihi jam 630 pagi.

Tapi pagi tadi, suasana agak aneh dari biasa.  Lengang semacam dan tak nampak kelibat pelajar tengah menunggu bas sekolah kat luar perumahan aku.  Aku check jam kat dalam kereta, dah pukul 635 am.  Tak puas hati, aku check kat handphone.  Sama.

Selalunya tak begini.  Apa lagi tengah hujan begini.  Mana perginya semua orang?  Masa kat traffic light hospital aku sekali lagi heran, cuma sedikit kereta yang berbaris menunggu kat belakang kereta kami.

Bila sampai kat depan sekolah Chung Hua, aku lagi heran, tak ada kereta yang masuk ke kawasan sekolah tersebut.

La.aaaaa………….Kan semua sekolah kat Bintulu dah mula cuti Tahun Baru Cina.  Cuma sekolah anak aku yang tak cuti.  Patutlah sunyi sepi pagi ni.  Itu rahsianya………………….